Tuesday, September 8, 2009

Gema Seatom Taubat

Suka-suka bersangka-sangka


Ada sangkaan baik... Ada sangkaan buruk

Orang beribadah disangka riak
Orang yang relax disangka malas
Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk

Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina)
Orang makan banyak disangka pelahap
Orang makan sikit disangka kedekut

Orang baik disangka buruk
Orang buruk disangka baik
Orang senyum disangka mengejek

Orang masam disangka merajuk
Orang bermuzakarah disangka mengumpat
Orang diam disangka sombong

Orang menawan disangka pakai susuk
Orang nampak ceria disangka membela

mana tahu yang diam itu kerana berzikir kepada Allah

mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah

mana tahu yang masam itu kerana mengenangkan dosa

mana tahu yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya

mana tahu yang ceria itu kerana cergas cerdasnya

Jauhi sikap suka bersangka-sangka kerana ia bakal memusnahkan ukhwah seperti musnah nya kayu dimakan api…

Satu benda yang kita lihat, macam-macam kesimpulan yang boleh kita buat. Semuanya bergantung bagaimana kita melihatnya.

“Tegakkan Islam dalam diri kamu.. nescaya Islam akan tertegak diatas bumi kamu” Hassan bin Ahmad bin Abdul Rahman Al-Banna.

2 comments:

  1. terima kasih sebab beritahu tentang info-info pasal makanan israel 2
    cakap boikot makanan dari israel tapi kerajaan benarkan produk makanan dari sana untuk dipasarkan ke sini?setuju x?

    ReplyDelete
  2. tahniah...ukhuwwah fillah..

    ReplyDelete

Kalam Mu Ya Hayyu Ya Qayyum...

Hayatilah manusia ciptaan Allah SWT...

Arahan Bernas mu Ya Rasulullah SAW...