Tuesday, August 18, 2009

Cahaya Allah SWT...

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَآمِنُوا بِرَسُولِهِ يُؤْتِكُمْ كِفْلَيْنِ مِن رَّحْمَتِهِ وَيَجْعَل لَّكُمْ نُوراً تَمْشُونَ بِهِ وَيَغْفِرْ لَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ
Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan tetaplah beriman kepada RasulNya (Muhammad), supaya Allah memberi kepada kamu dua bahagian dari rahmatNya, dan menjadikan bagi kamu Cahaya untuk kamu berjalan dengannya (pada hari kiamat kelak), serta diampunkannya dosa kamu; dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Surah Al-Hadiid, Ayat 28


يُرِيدُونَ لِيُطْفِؤُوا نُورَ اللَّهِ بِأَفْوَاهِهِمْ وَاللَّهُ مُتِمُّ نُورِهِ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ
Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan Cahaya Allah (ugama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan CahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian).
Surah As-Saff, Ayat 8


فَآمِنُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ وَالنُّورِ الَّذِي أَنزَلْنَا وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ
Oleh itu, berimanlah kamu kepada Allah dan kepada rasulNya serta kepada penerangan Cahaya Al-Quran - yang Kami turunkan. Dan (ingatlah), Allah Amat Mendalam PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan.
Surah At-Tagaabun, Ayat 8


رَّسُولاً يَتْلُو عَلَيْكُمْ آيَاتِ اللَّهِ مُبَيِّنَاتٍ لِّيُخْرِجَ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ مِنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ وَمَن يُؤْمِن بِاللَّهِ وَيَعْمَلْ صَالِحاً يُدْخِلْهُ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا أَبَداً قَدْ أَحْسَنَ اللَّهُ لَهُ رِزْقاً
(Dengan mengutuskan) seorang Rasul (Nabi Muhammad s.a.w) yang membacakan kepada kamu ayat-ayat Allah yang menerangkan kebenaran, supaya Allah mengeluarkan orang-orang (yang sedia diketahuiNya akan) beriman dan beramal soleh - dari gelap-gelita (kesesatan) kepada Cahaya (hidayah petunjuk). Dan (ingatlah), sesiapa yang beriman kepada Allah dan beramal soleh, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; kekalah mereka di dalamnya selama-lamanya. SesungguhnyaAllah (dengan yang demikian) telah mengurniakan kepadanya sebaik-baik pemberian.
Surah At-Tallaq, Ayat 11


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا تُوبُوا إِلَى اللَّهِ تَوْبَةً نَّصُوحاً عَسَى رَبُّكُمْ أَن يُكَفِّرَ عَنكُمْ سَيِّئَاتِكُمْ وَيُدْخِلَكُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ يَوْمَ لَا يُخْزِي اللَّهُ النَّبِيَّ وَالَّذِينَ آمَنُوا مَعَهُ نُورُهُمْ يَسْعَى بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَبِأَيْمَانِهِمْ يَقُولُونَ رَبَّنَا أَتْمِمْ لَنَا نُورَنَا وَاغْفِرْ لَنَا إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan " Taubat Nasuha", mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama-sama dengannya; Cahaya (iman dan amal soleh) mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan); mereka berkata (ketika orang-orang munafik meraba-raba dalam gelap-gelita): "Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah bagi kami Cahaya kami, dan limpahkanlah keampunan kepada kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu".
Surah At-Tahriim, Ayat 8


Cahaya Allah SWT...

اللَّهُ نُورُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ مَثَلُ نُورِهِ كَمِشْكَاةٍ فِيهَا مِصْبَاحٌ الْمِصْبَاحُ فِي زُجَاجَةٍ الزُّجَاجَةُ كَأَنَّهَا كَوْكَبٌ دُرِّيٌّ يُوقَدُ مِن شَجَرَةٍ مُّبَارَكَةٍ زَيْتُونِةٍ لَّا شَرْقِيَّةٍ وَلَا غَرْبِيَّةٍ يَكَادُ زَيْتُهَا يُضِيءُ وَلَوْ لَمْ تَمْسَسْهُ نَارٌ نُّورٌ عَلَى نُورٍ يَهْدِي اللَّهُ لِنُورِهِ مَن يَشَاءُ وَيَضْرِبُ اللَّهُ الْأَمْثَالَ لِلنَّاسِ وَاللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ
Allah yang menerangi langit dan bumi. Bandingan nur hidayah petunjuk Allah(Kitab Suci Al-Quran) adalah sebagai sebuah "misykaat" yang berisi sebuah lampu; lampu itu dalam geluk kaca (qandil), geluk kaca itu pula (jernih terang) laksana bintang yang bersinar cemerlang; lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manfaatnya, (iaitu) pokok zaitun yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari); hampir-hampir minyaknya itu - dengan sendirinya - memancarkan Cahaya bersinar (kerana jernihnya) walaupun ia tidak disentuh api; (sinaran nur hidayah yang demikian bandingannya adalah sinaran yang berganda-ganda): Cahaya berlapis Cahaya. Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang dan peraturanNya) kepada nur hidayahNya itu; dan Allah mengemukakan berbagai-bagai misal perbandingan untuk umat manusia; dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
Surah An-Nuur, Ayat 35


أَوْ كَظُلُمَاتٍ فِي بَحْرٍ لُّجِّيٍّ يَغْشَاهُ مَوْجٌ مِّن فَوْقِهِ مَوْجٌ مِّن فَوْقِهِ سَحَابٌ ظُلُمَاتٌ بَعْضُهَا فَوْقَ بَعْضٍ إِذَا أَخْرَجَ يَدَهُ لَمْ يَكَدْ يَرَاهَا وَمَن لَّمْ يَجْعَلِ اللَّهُ لَهُ نُوراً فَمَا لَهُ مِن نُّورٍ
Atau (orang-orang kafir itu keadaannya) adalah umpama keadaan (orang yang di dalam) gelap-gelita di lautan yang dalam, yang diliputi oleh ombak bertindih ombak; di sebelah atasnya pula awan tebal (demikianlah keadaannya) gelap-gelita berlapis-lapis - apabila orang itu mengeluarkan tangannya, ia tidak dapat melihatnya sama sekali. Dan (ingatlah) sesiapa yang tidak dijadikan Allahmenurut undang-undang peraturanNya mendapat Cahaya (hidayah petunjuk) maka ia tidak akan beroleh sebarang Cahaya (yang akan memandunya ke jalan yang benar).
Surah An-Nuur, Ayat 40


قُلْ أَرَأَيْتُمْ إِن جَعَلَ اللَّهُ عَلَيْكُمُ اللَّيْلَ سَرْمَداً إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ مَنْ إِلَهٌ غَيْرُ اللَّهِ يَأْتِيكُم بِضِيَاء أَفَلَا تَسْمَعُونَ
Katakanlah: "Bagaimana fikiran kamu jika Allah menjadikan malam kepada kamu tetap selama-lamanya hingga ke hari kiamat; tuhan yang manakah yang lain dariAllah, yang dapat membawakan Cahaya yang menerangi kepada kamu? Maka mengapa kamu tidak mahu mendengar (secara memahami dan menerima kebenaran)?"
Surah Al-Qasas, Ayat 71


أَفَمَن شَرَحَ اللَّهُ صَدْرَهُ لِلْإِسْلَامِ فَهُوَ عَلَى نُورٍ مِّن رَّبِّهِ فَوَيْلٌ لِّلْقَاسِيَةِ قُلُوبُهُم مِّن ذِكْرِ اللَّهِ أُوْلَئِكَ فِي ضَلَالٍ مُبِينٍ
Jika demikian, adakah orang yang telah dilapangkan Allah dadanya untuk menerima Islam, lalu ia tetap berada dalam Cahaya (hidayah petunjuk) dari Tuhannya, (sama seperti orang yang tertutup mata hatinya dengan selaput kederhakaan)? Maka kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian keadaannya, adalah dalam kesesatan yang nyata.
Surah Az-Zumar, Ayat 22


هُوَ الَّذِي يُنَزِّلُ عَلَى عَبْدِهِ آيَاتٍ بَيِّنَاتٍ لِيُخْرِجَكُم مِّنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ وَإِنَّ اللَّهَ بِكُمْ لَرَؤُوفٌ رَّحِيمٌ
Dia lah yang menurunkan kepada hambaNya (Nabi Muhammad) keterangan-keterangan Al-Quran yang terang nyata, kerana Ia hendak mengeluarkan kamu dari gelap-gelita (kekufuran) kepada Cahaya (iman) yang terang-benderang. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha Belas, lagi Maha Mengasihani, terhadap kamu.
Surah Al-Hadiid, Ayat 9


وَالَّذِينَ آمَنُوا بِاللَّهِ وَرُسُلِهِ أُوْلَئِكَ هُمُ الصِّدِّيقُونَ وَالشُّهَدَاء عِندَ رَبِّهِمْ لَهُمْ أَجْرُهُمْ وَنُورُهُمْ وَالَّذِينَ كَفَرُوا وَكَذَّبُوا بِآيَاتِنَا أُوْلَئِكَ أَصْحَابُ الْجَحِيمِ
Dan orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-rasulNya, merekalah pada sisi (hukum) Tuhan mereka, (orang-orang yang mempunyai kedudukan yang tinggi darjatnya) seperti orang-orang "Siddiqiin" dan orang-orang yang mati Syahid; mereka akan beroleh pahala dan Cahaya orang-orang Siddiqiin dan orang-orang yang mati syahid itu; dan (sebaliknya) orang yang kufur ingkar serta mendustakan ayat-ayat keterangan Kami, merekalah ahli neraka.
Surah Al-Hadiid, Ayat 19


Cahaya Allah SWT...

فَلَمَّا رَأَى الشَّمْسَ بَازِغَةً قَالَ هَـذَا رَبِّي هَـذَا أَكْبَرُ فَلَمَّا أَفَلَتْ قَالَ يَا قَوْمِ إِنِّي بَرِيءٌ مِّمَّا تُشْرِكُونَ
Kemudian apabila dia melihat matahari sedang terbit (menyinarkan Cahayanya), berkatalah dia: "Inikah Tuhanku? Ini lebih besar". Setelah matahari terbenam, dia berkata pula: ` Wahai kaumku, sesungguhnya aku berlepas diri (bersih) dari apa yang kamu sekutukan (Allah dengannya).
Surah Al An'aam, Ayat 78


وَمَا قَدَرُواْ اللّهَ حَقَّ قَدْرِهِ إِذْ قَالُواْ مَا أَنزَلَ اللّهُ عَلَى بَشَرٍ مِّن شَيْءٍ قُلْ مَنْ أَنزَلَ الْكِتَابَ الَّذِي جَاء بِهِ مُوسَى نُوراً وَهُدًى لِّلنَّاسِ تَجْعَلُونَهُ قَرَاطِيسَ تُبْدُونَهَا وَتُخْفُونَ كَثِيراً وَعُلِّمْتُم مَّا لَمْ تَعْلَمُواْ أَنتُمْ وَلاَ آبَاؤُكُمْ قُلِ اللّهُ ثُمَّ ذَرْهُمْ فِي خَوْضِهِمْ يَلْعَبُونَ
Dan tiadalah mereka (kaum Yahudi) menghormati Allah sesuai dengan penghormatan yang sebenarnya ketika mereka berkata: "Allah tidak menurunkan sesuatu pun kepada manusia". Bertanyalah (kepada kaum Yahudi yang ingkar itu): "Siapakah yang menurunkan Kitab (Taurat) yang dibawa oleh Nabi Musa sebagai Cahaya dan petunjuk bagi manusia, yang kamu jadikan dia lembaran-lembaran kertas, sambil kamu perlihatkan (kepada orang ramai sebahagian kecil daripadanya) dan kamu sembunyikan kebanyakannya; sedang kamu pula diajarkan (dengan pengajaran-pengajaran yang terkandung di dalamnya), yang tidak diketahui oleh kamu (sebelum itu) dan tidak juga oleh datuk nenek kamu?" Katakanlah (kepada mereka): "Allah jualah (yang menurunkannya)", kemudian, biarkanlah mereka leka bermain-main dalam kesesatannya.
Surah Al An'aam, Ayat 91


فَالِقُ الإِصْبَاحِ وَجَعَلَ اللَّيْلَ سَكَناً وَالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ حُسْبَاناً ذَلِكَ تَقْدِيرُ الْعَزِيزِ الْعَلِيمِ
Allah jualah Yang membelah Cahaya subuh (yang menyingsingkan fajar), dan yang menjadikan malam untuk tinggal berehat, dan menjadikan matahari dan bulan untuk mengira waktu (menurut peredarannya). Yang demikian itu adalah kuasa penentuan Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui.
Surah Al An'aam, Ayat 96


يُرِيدُونَ أَن يُطْفِؤُواْ نُورَ اللّهِ بِأَفْوَاهِهِمْ وَيَأْبَى اللّهُ إِلاَّ أَن يُتِمَّ نُورَهُ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ
Mereka hendak memadamkan Cahaya Allah (ugama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tidak menghendaki melainkan menyempurnakanCahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian).
Surah At-Taubah, Ayat 32


هُوَ الَّذِي جَعَلَ الشَّمْسَ ضِيَاء وَالْقَمَرَ نُوراً وَقَدَّرَهُ مَنَازِلَ لِتَعْلَمُواْ عَدَدَ السِّنِينَ وَالْحِسَابَ مَا خَلَقَ اللّهُ ذَلِكَ إِلاَّ بِالْحَقِّ يُفَصِّلُ الآيَاتِ لِقَوْمٍ يَعْلَمُونَ
Dia lah yang menjadikan matahari bersinar-sinar (terang-benderang) dan bulan berCahaya, dan Dia lah yang menentukan perjalanan tiap-tiap satu itu (berpindah-randah) pada tempat-tempat peredarannya masing-masing) supaya kamu dapat mengetahui bilangan tahun dan kiraan masa. Allah tidak menjadikan semuanya itu melainkan dengan adanya faedah dan gunanya yang sebenar. Allahmenjelaskan ayat-ayatNya (tanda-tanda kebesaranNya) satu persatu bagi kaum yang mahu mengetahui (hikmat sesuatu yang dijadikanNya).
Surah Yunus, Ayat 5


الَر كِتَابٌ أَنزَلْنَاهُ إِلَيْكَ لِتُخْرِجَ النَّاسَ مِنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ بِإِذْنِ رَبِّهِمْ إِلَى صِرَاطِ الْعَزِيزِ الْحَمِيدِ
Alif, Laam, Raa'. Ini ialah Kitab (Al-Quran) Kami turunkan dia kepadamu (wahai Muhammad), supaya engkau mengeluarkan umat manusia seluruhnya dari gelap-gelita kufur kepada Cahaya iman - dengan izin Tuhan mereka - ke jalan AllahYang Maha Kuasa lagi Maha Terpuji.
Surah Ibrahim, Ayat 1


وَلَقَدْ أَرْسَلْنَا مُوسَى بِآيَاتِنَا أَنْ أَخْرِجْ قَوْمَكَ مِنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ وَذَكِّرْهُمْ بِأَيَّامِ اللّهِ إِنَّ فِي ذَلِكَ لآيَاتٍ لِّكُلِّ صَبَّارٍ شَكُورٍ
Dan sesungguhnya Kami telah mengutuskan Nabi Musa (pada masa yang lalu) dengan membawa mukjizat-mukjizat Kami sambil Kami berfirman: "Hendaklah engkau mengeluarkan kaummu dari gelap-gelita kufur kepada Cahaya iman; dan ingatkanlah mereka dengan Hari-hari Allah. "Sesungguhnya yang demikian itu, mengandungi tanda-tanda yang menunjukkan kekuasaan Allah bagi tiap-tiap seorang yang kuat bersabar, lagi kuat bersyukur.
Surah Ibrahim, Ayat 5

Cahaya Allah SWT...

مَثَلُهُمْ كَمَثَلِ الَّذِي اسْتَوْقَدَ نَاراً فَلَمَّا أَضَاءتْ مَا حَوْلَهُ ذَهَبَ اللّهُ بِنُورِهِمْ وَتَرَكَهُمْ فِي ظُلُمَاتٍ لاَّ يُبْصِرُونَ
Perbandingan hal mereka (golongan yang munafik itu) samalah seperti orang yang menyalakan api; apabila api itu menerangi sekelilingnya, (tiba-tiba) Allahhilangkan Cahaya (yang menerangi) mereka, dan dibiarkannya mereka dalam gelap-gelita, tidak dapat melihat (sesuatu pun).
Surah Al- Baqarah, Ayat 17


يَكَادُ الْبَرْقُ يَخْطَفُ أَبْصَارَهُمْ كُلَّمَا أَضَاء لَهُم مَّشَوْاْ فِيهِ وَإِذَا أَظْلَمَ عَلَيْهِمْ قَامُواْ وَلَوْ شَاء اللّهُ لَذَهَبَ بِسَمْعِهِمْ وَأَبْصَارِهِمْ إِنَّ اللَّه عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
Kilat itu pula hampir-hampir menyambar (menghilangkan) penglihatan mereka; tiap-tiap kali kilat itu menerangi mereka (dengan pancarannya), mereka berjalan dalam Cahayanya. Dan apabila gelap menyelubungi mereka, berhentilah mereka (menunggu dengan bingungnya). Dan sekiranya Allah menghendaki, nescaya dihilangkanNya pendengaran dan penglihatan mereka; sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
Surah Al- Baqarah, Ayat 20


أُحِلَّ لَكُمْ لَيْلَةَ الصِّيَامِ الرَّفَثُ إِلَى نِسَآئِكُمْ هُنَّ لِبَاسٌ لَّكُمْ وَأَنتُمْ لِبَاسٌ لَّهُنَّ عَلِمَ اللّهُ أَنَّكُمْ كُنتُمْ تَخْتانُونَ أَنفُسَكُمْ فَتَابَ عَلَيْكُمْ وَعَفَا عَنكُمْ فَالآنَ بَاشِرُوهُنَّ وَابْتَغُواْ مَا كَتَبَ اللّهُ لَكُمْ وَكُلُواْ وَاشْرَبُواْ حَتَّى يَتَبَيَّنَ لَكُمُ الْخَيْطُ الأَبْيَضُ مِنَ الْخَيْطِ الأَسْوَدِ مِنَ الْفَجْرِ ثُمَّ أَتِمُّواْ الصِّيَامَ إِلَى الَّليْلِ وَلاَ تُبَاشِرُوهُنَّ وَأَنتُمْ عَاكِفُونَ فِي الْمَسَاجِدِ تِلْكَ حُدُودُ اللّهِ فَلاَ تَقْرَبُوهَا كَذَلِكَ يُبَيِّنُ اللّهُ آيَاتِهِ لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَّقُونَ
Dihalalkan bagi kamu, pada malam hari puasa, bercampur (bersetubuh) dengan isteri-isteri kamu. Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahawasanya kamu mengkhianati diri sendiri, lalu Ia menerima taubat kamu dan memaafkan kamu. Maka sekarang setubuhilah isteri-isteri kamu dan carilah apa-apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kamu; dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (Cahaya siang) dari benang hitam kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib); dan janganlah kamu setubuhi isteri-isteri kamu ketika kamu sedang beriktikaf di masjid. Itulah batas-batas larangan Allah, maka janganlah kamu menghampirinya. Demikian Allah menerangkan ayat-ayat hukumNya kepada sekalian manusia supaya mereka bertaqwa.
Surah Al- Baqarah, Ayat 187


اللّهُ وَلِيُّ الَّذِينَ آمَنُواْ يُخْرِجُهُم مِّنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّوُرِ وَالَّذِينَ كَفَرُواْ أَوْلِيَآؤُهُمُ الطَّاغُوتُ يُخْرِجُونَهُم مِّنَ النُّورِ إِلَى الظُّلُمَاتِ أُوْلَـئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ
Allah Pelindung (Yang mengawal dan menolong) orang-orang yang beriman. Ia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada Cahaya (iman). Dan orang-orang yang kafir, penolong-penolong mereka ialah Taghut yang mengeluarkan mereka dari Cahaya (iman) kepada kegelapan (kufur). Mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.
Surah Al- Baqarah, Ayat 257


يَا أَهْلَ الْكِتَابِ قَدْ جَاءكُمْ رَسُولُنَا يُبَيِّنُ لَكُمْ كَثِيراً مِّمَّا كُنتُمْ تُخْفُونَ مِنَ الْكِتَابِ وَيَعْفُو عَن كَثِيرٍ قَدْ جَاءكُم مِّنَ اللّهِ نُورٌ وَكِتَابٌ مُّبِينٌ
Wahai Ahli Kitab! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Rasul Kami (Muhammad, s.a.w) dengan menerangkan kepada kamu banyak dari (keterangan-keterangan dan hukum-hukum) yang telah kamu sembunyikan dari Kitab Suci, dan ia memaafkan kamu (dengan tidak mendedahkan) banyak perkara (yang kamu sembunyikan). Sesungguhnya telah datang kepada kamuCahaya kebenaran (Nabi Muhammad) dari Allah, dan sebuah Kitab (Al-Quran) yang jelas nyata keterangannya.
Surah Al Maaidah, Ayat 15


يَهْدِي بِهِ اللّهُ مَنِ اتَّبَعَ رِضْوَانَهُ سُبُلَ السَّلاَمِ وَيُخْرِجُهُم مِّنِ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ بِإِذْنِهِ وَيَهْدِيهِمْ إِلَى صِرَاطٍ مُّسْتَقِيمٍ
Dengan (Al-Quran) itu Allah menunjukkan jalan-jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut keredaanNya, dan (dengannya) Tuhan keluarkan mereka dari gelap-gelita (kufur) kepada Cahaya (iman) yang terang-benderang, dengan izinNya; dan (dengannya juga) Tuhan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus.
Surah Al Maaidah, Ayat 16


إِنَّا أَنزَلْنَا التَّوْرَاةَ فِيهَا هُدًى وَنُورٌ يَحْكُمُ بِهَا النَّبِيُّونَ الَّذِينَ أَسْلَمُواْ لِلَّذِينَ هَادُواْ وَالرَّبَّانِيُّونَ وَالأَحْبَارُ بِمَا اسْتُحْفِظُواْ مِن كِتَابِ اللّهِ وَكَانُواْ عَلَيْهِ شُهَدَاء فَلاَ تَخْشَوُاْ النَّاسَ وَاخْشَوْنِ وَلاَ تَشْتَرُواْ بِآيَاتِي ثَمَناً قَلِيلاً وَمَن لَّمْ يَحْكُم بِمَا أَنزَلَ اللّهُ فَأُوْلَـئِكَ هُمُ الْكَافِرُونَ
Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab Taurat, yang mengandungi petunjuk dan Cahaya yang menerangi; dengan Kitab itu nabi-nabi yang menyerah diri (kepada Allah) menetapkan hukum bagi orang-orang Yahudi, dan (dengannya juga) ulama mereka dan pendita-penditanya (menjalankan hukum Allah), sebab mereka diamanahkan memelihara dan menjalankan hukum-hukum dari KitabAllah (Taurat) itu, dan mereka pula adalah menjadi penjaga dan pengawasnya (dari sebarang perubahan). Oleh itu janganlah kamu takut kepada manusia tetapi hendaklah kamu takut kepadaKu (dengan menjaga diri dari melakukan maksiat dan patuh akan perintahKu); dan janganlah kamu menjual (membelakangkan) ayat-ayatKu dengan harga yang sedikit (kerana mendapat rasuah, pangkat dan lain-lain keuntungan dunia); dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang kafir.
Surah Al Maaidah, Ayat 44


Monday, August 17, 2009

Kenali HPA Wahai Ummat Nabi Muhammad SAW...

PENAL SYARIAH HPA


1.Ustaz Ahmad bin Ali (M.A Usul Fiqh, Universiti Al-Azhar)
2.Dr Mohd Nasir Hj Hamid (PHD Pengajian Islam UKM, Pensyarah UiTM Arau)
3.Ustaz Basri Abdul Ghani (M.A Ekonomi Islam UM, Pensyarah UiTM Arau)
4.Ustaz Nidho Abdul Rahman (B.A Al-Azhar, M.A Al-Quran dan Sunnah UKM, Pensyarah UUM)
5.Ustaz Ghadafi Hj Rofie (B.A Al-Azhar, M.A Hadith UKM, Pensyarah UUM)
6.Prof Madya Dr Ishak Sulaiman (PHD Hadith & Muamalah University of Wales UK)
7.Ustaz Hasan Zaid Ramli (B.A Al-Azhar, M.A syariah UKM, Pensyarah IPTS)
8.Ustaz Hasbullah Ali (B.A Al-Azhar, M.A Syariah UKM, Pensyarah IPTS)
9.YB.Ustaz Hashim Hj.Jasin (B.A Pengajian Islam, Universiti Baghdad)
10.Ustaz Ya Ali Bin Dahaman & Abdul Rahman (M.A Perundangan Islam UM, B.A Al-Quran Dan As-Sunnah UKM, Bekas Penyarah UITM)
11.Ustaz Ahmad Adnan Fadzil (B.A Syariah Al-Azhar, Pengurus) Pentadbiran HPA)

PENAL SYARIAH HPA

PLAN PEMASARAN HPA

Adil & Sukses

HPA menggunakan kaedah pemasaran yang berkesan untuk memastikan semua produk HPA dipasarkan ke seluruh Malaysia dan mencapai hasrat untuk menguasai pasaran global. Berikutan dengan itu, HPA telah menubuhkan syarikat pemasaran sendiri iaitu Al Wahida Marketing Sdn. Bhd. pada 1 Februari 1996 dengan No. Pendaftaran 376131-A, mendapat lesen di bawah Akta Jualan Langsung dari Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, berfungsi untuk memasarkan produk HPA melalui konsep sistem Multi-Level Marketing (MLM). Ia merupakan satu kaedah dan strategi yang cukup berkesan untuk memperkenalkan produk-produk kepada pelanggan.

Kekuatan Plan Pemasaran HPA

1. Berteraskan prinsip ihsan2. Keadilan pada setiap peringkat3. Telus dan berdaya saing4. Bebas daripada gimik, perangkap dan penindasan5. Sesuai dengan kehendak dan cabaran MLM masa kini6. Mampu menjana pendapatan puluhan ribu ringgit setiap bulan
Plan Pemasaran Era Baru HPA dijamin ADIL dan SUKSES.
Tawaran 11 Ganjaran Hebat Melalui Perniagaan MLM HPA. Lihat dan teliti Plan Pemasaran Hebat ini!

11 GANJARAN BONUS HEBAT HPA
1. Untung Runcit……………………………………………….20% ~ 25%
2. Bonus Prestasi Peribadi………………………………..10% ~ 20%
3. Bonus Kenaikan Pangkat…………………………….…23% ~ 35%
4. Bonus Pembelian Stabil…………………………………5% x NM HPA
5. Bonus Kemajuan Jaringan……………………………..6% x NM HPA
6. Bonus Generasi Pangkat………………………………..26%
7. Bonus Pengarah Jati Setia………………………………5% x NM HPA
8. Bonus Pengarah Jati Emas/Intan/Mahkota…….15%
9. Tabung Pelancongan……………………………………….5%
10. Tabung Perlindungan Takaful………………………..RM70,000 +++
11. Bonus Agen Stok……………………………………………..11% ~ 16%

JADUAL NILAI MATA & PERATUS BONUS

Untuk mencapai pangkat pertama, Pengurus Melati (PLX), cara pertama, ahli perlu mengumpul 1501 NM secara:

1. Timbunan
2. Berkumpulan
3. Tiada had masa

Atau cara kedua ialah ahli perlu:
1. Hadir program PBC
2. Dan lakukan belian bersyarat (300 NM)* dalam tempoh masa 2 bulan dari tarikh PBC yang disertai.

Berikut adalah pangkat-pangkat lain dalam Plan Pemasaran HPA:


Kami tunjukkan pula 3 contoh plan di bawah sebagai panduan untuk anda. Tentukan yang mana pilihan anda.

[ Plan A ]

Plan ini boleh dianggap sebagai ’slow and steady’. Tugasnya mudah.

Pertama : ahli hanya perlu menaja seorang downline dalam sebulan, sehingga bulan ke-6. Maksudnya ahli hanya perlu menaja 6 orang untuk level pertama dalam masa 6 bulan sahaja.

Kedua : ahli perlu maintain belian peribadi 100NM setiap bulan, bagi melayakkan mendapat bonus setiap bulan disamping menikmati kenaikan pangkat.

Pada bulan ke-13 bonus anda akan menjadi RM 34,566. Kiraan ini dibuat secara kasar dan tidak termasuk beberapa tambahan bonus lain lagi.

[ Plan B ]

Plan sederhana ini memerlukan 3 langkah mudah.

1. Anda hadir Program PBC + Belian bersyarat
2. Taja seorang setiap bulan
3. Hadirkan seorang downline ke PBC + buat belian bersyarat setiap bulan



[ Plan C ]

Plan ini lebih menarik kerana anda berpeluang untuk menjana pendapatan 5 Angka Dalam Masa 5 Bulan sahaja. Tugas anda perlu digandakan. Konsepnya 6 org ajak 6 org.

Tugas anda:

1. Anda hadir PBC + buat belian bersyarat

2. Anda bawa 6 downline anda ke PBC setiap bulan dan kemudiannya 6 downline anda itu membawa lagi 6 downline pada bulan berikutnya. Dan apabila diteruskan 6 bawa 6 ini, di bulan ke 5, bonus anda akan mencapai RM 26, 729.00.











* Setiap downline yang hadir ke PBC mestilah membuat belian bersyarat, 300 NM dalam tempoh 2 bulan dari tarikh sertai PBC untuk mendapat kenaikan pangkat.

Plan-plan ini adalah contoh sahaja. Anda berhak menaja mengikut kemampuan anda.

Marilah Bersama Perniagaan Umat Islam Terulung Di Era Ini. Pastinya Inilah Pilihan Anda!!!

Sunday, August 16, 2009

Detik Taubat

Dalam melayari bahtera kehidupan, ada detik diri bersungguh dalam membela nasib diri, keluarga, masyarakat dan agama... Tapi mengapa dalam kesungguhan ada dugaan, dalam keyakinan ada gusar, dalam celik ada kelam... Hamba akui wahai Zat yang Maha Agung, sesungguhNya, hidupku tidak lari dariMu... Dikau pemilik segala Sifat yang Terbaik... Biarkan lah aku terus tertunduk kaku merinduiMu, biarkan aku basahi pipi dan badanku dengan airmata rinduku padaMu, biarkan aku wahai Tuhanku... Matikan impian duniaku dalam kecerahan cintaku padaMu... Apa yang Kau zahirkan di dunia ini hanyalah di dunia untukku... Sabarkan hati hamba... Tabahkan hati hamba... Hanya Engkau dan Hamba...

Wednesday, August 12, 2009

SEMAKIN MUDAH MENDAPATKAN BARANGAN HALAL

Kini orang ramai telah mulai berminat dan bersedia untuk menggunakan barangan halal didalam kehidupan seharian mereka. Mendapatkan barangan keperluan harian dari supermaket-supermaket besar yang ada disekeliling kita belum menjamin mendapatkan barangan halal. Malah banyak sekali barangan yang meragukan dijual.

Umat Islam semakin tercabar dinegaranya sendiri. Sistem ekonomi bebas telah melayakkan semua orang untuk mengeluarkan barangan keperluan harian ummah walaupun mereka bukan Muslim dan cara penyediaannya yang meragu dan tidak kurang yang menjijikkan. Tahukah anda sekalikan, bahawa kini ada satu syarikat Bumiputra Muslim telah mengeluar dan menjual pelbagai barangan halal untuk keperluan umat Islam. Syarikat itu tidak lain dari HPA.

Di sini disenaraikan antara produk kegunaan harian yang anda boleh dapatkan dari HPA sebagai gantian keperluan harian anda sekeluarga.

Air minuman: Air Mineral HPA
Ayam: Ayam Organik HPA

Baja: Baja Organik

Beras: Beras Perang Organik

Biskut: Biskut Radix, Biskut Coklat Radix Cecair

Daging: Daging Kambing, Lembu Organik HPA
Fish Cake, Ball, Nugget, Burger: Fish Cake, Ball, Nugget, Burger HPA

Bedak: Bedak Talkum Lelaki, Wanita dan Bayi

Berus Gigi: Berus Gigi Kasturi

Pencuci Tangan: Orange Wash Cecair

Pencuci pinggan: Wahdah

Kelengkapan Umrah dan Haji: Produk Omrahaj HPA
Kopi: Kopi Radix, Kopi O Radix (menggantikan Nescafe, kopi)
Kordial minuman: Kordial Roselle/Pegaga/Kurma/Mangga/Kundur
Kosmetik: Centella White
Milo: Radix Koko Minuman
Berkarbonat: Radix Cola, Radix Sarsi, Radix Oren, Ice Cream Soda Radix
Minuman bijirin: Cereal Radix (menggantikan nestum, quaker oat)
Minyak rambut: Tonik Pandan /Tea Tree Oil Cream/Minyak Zaitun
Minyak urut: Minyak But-but
Perapi rambut: Hair Conditioner HPA
Perencah: Perencah Alami
Sabun mandi: Sabun Safron/Susu kambing/Pegaga/Cassia/Whitening/Men 2 in 1/Cucumber Bath Gel
Sabun pencuci baju: Freesia Plus
Sos: Sos Cili, Tomato HPA
Syampu rambut: Syampu Betik/ Pandan Kasturi/Pegaga/Aromaterapi
Teh: Teh Herba/Teh Asiatica Plus/ Teh Tropika/Teh Manjakani
Ubat batuk: Madulia
Ubat gigi: Ubat gigi herba HPA

Barangan ini anda boleh dapatkan dari rangaian cawangan HPA di seluruh negara.

Hubungi saya untuk maklumat lanjut:

Muhammad Aizuddin Rasmi 0136826644

KHALID AL-WALID & AMRU AL-AS MEMELUK ISLAM

KHALID AL-WALID DAN AMRU AL-AS MEMELUK ISLAM

Dua orang pahlawan yang sangat penting sebelum Islam kerana menentangnya dan selepas memeluk Islam menjadi tenaga jihad yang sangat penting di medan perang mengalahkan musuh dan memberikan kemenangan besar kepada Islam dan umatnya ialah Khalid al-Walid r.a. dan Amru bil al-As r.a.

KHALID AL-WALID MEMELUK ISLAM

Cahaya Islam mula menembusi hati Khalid al-Walid r.a. apabila melihat perkembangan dan kemenangan Islam yang tidak boleh dihalang oleh segala kekuataan kebendaan walau sebesar manapun. Keadaan lebih nyata apabila beliau memimpin tentera berkuda musyrikin Mekah untuk menghalang Rasulullah s.a.w. dan sahabatnya dari memasuki Mekah untuk mengerjakan ibadat haji.

Khalid al-Walid bersama 200 orang tentera berkudanya menunggu di Kurra’ul-Ghamim yang menjadi jalan utama ke Mekah ketika itu. Beliau merancang untuk menyerang rombongan Rasulullah s.a.w. ketika mereka solat Asar iaitu ketika mereka rukuk dan sujud. Sewaktu hendak melancarkan serangan mengejut itu Allah SWT telah menurunkan hukum cara-cara sembahyang ketika kecemasan iaitu solat Khauf. Menyebabkan hilanglah peluang mereka untuk menyerang rombongan Rasulullah s.a.w.

Kadang-kadang terlintas dalam fikiran Khalid al-Walid untuk pergi ke Habsyah kerana rajanya telah memeluk Islam, berada di sana lebih aman. Kadang-kadang dia berfikir untuk menganut Yahudi atau Nasrani dan bernaung di bawah Raja Rom. Tiba-tiba datang sepucuk surat dari saudaranya al-Walid bin al-Walid menyatakan Rasulullah s.a.w. mencarinya ketika datang mengerjakan umarah qada’.

Saudaranya menceritakan di dalam surat itu, Rasulullah s.a.w. menganggap orang seperti Khalid al-Walid tidak jahil berkenaan Islam, kalau dia jadikan kepintarannya itu bersama umat Islam adalah lebih baik kepadanya, dan dia akan diletakkan di tempat yang lebih baik dari orang lain. Oleh itu datanglah menemui Rasulullah s.a.w. dan jangan lepaskan peluang ini. Kedatangan surat ini menambahkan semangat Khalid al-Walid menganut Islam. Ketika itu juga Khalid al-Walid bermimpi dia berada di suatu tempat yang sempit dan kering kontang, kemudian dapat melepaskan diri ke negeri yang luas dan subur menghijau. Mendatangkan suatu alamat baik seperti yang ditafsirkan oleh Abu Bakar r.a. apabila Khalid al-Walid menceritakannya iaitu keluar dari kesempitan syirik kepada kebaikan dan kebenaran Islam.

Khalid al-Walid tidak mahu pergi seorang diri berdepan Rasulullah s.a.w lalu mengajak Safwan bin Umaiyyah, tetapi dia menolaknya. Kemudian mengajak Ikrimah bin Abu Jahal juga menolak. Lalu Khalid mengambil binatang kenderaannya untuk ke Madinah bersendirian, tiba-tiba dia bertemu Uthman bin Abi Talhah dan memujuknya bertemu Rasulullah s.a.w., Uthman bersetuju lalu mereka pun menuju Madinah di tengah malam. Setelah waktu fajar merka sampai di Al-Hudat dan bertemu Amru bin Al-As. Kamu hendak ke mana? Tanya Amru al-As. Mereka menjawab “Kami nak masuk Islam dan menjadi pengikut Rasulullah s.a.w.” . Amru menjawab “Akupun begitu juga”. Bertolaklah mereka bertiga ke Madinah.

Sampai di Madinah Khalid al-Walid menemui saudaranya al-Walid bin al-Walid dahulu, lalu saudaranya menyuruh ia segera bertemu Rasulullah s.a.w. kerana baginda sedang menunggunya dengan sangat gembira. Khalid al-Walid menemui Rasulullah s.a.w dan mengucap dua kalimah syahadah. Baginda memanggil Khalid al-Walid supaya menghampirinya dan berkata “Segala puji bagi Allah, Tuhan yang telah memberi petunjuk untukmu kepada Islam, sesungguhnya aku lihat engkau adalah seorang yang mempunyai akal fikiran yang pintar, dan berharap bahawa Allah menunjukmu kepada Islam untuk membawa kebaikan kepada Islam”. Khalid menjawab: “ Wahai Rasulullah s.a.w.! Aku masih teringat kepada apa yang aku lakukan menentang Islam dan aku membersihkan diri daripadanya, mintalah supaya Allah mengampunkan aku”. Rasulullah s.a.w menjawab “Islam menghapuskan itu semua”, baginda berdoa “Ya Allah ya Tuhanku, ampunkan Khalid, apa yang pernah dilakukan bagi menentang Allah dan RasulNya”.

AMRU AL-AS MEMELUK ISLAM

Amru al-As r.a. pernah menegaskan: “Aku antara orang yang paling bermusuh dengan Islam dan menentangnya dengan keras, pernah menyertai perang Badar tetapi aku masih selamat, menyertai perang Uhud tetapi aku masih selamat, menyertai perang Khandaq/ Ahzab tetapi aku masih selamat”. Dan aku pernah menegaskan: “Kalau semua orang-orang Quaraisy masuk Islam nescaya aku tidak masuk Islam”.

Cahaya keimanan mula memancar kepadanya apabila beliau ditugaskan oleh Musyirikin Mekah bertemu Raja Habsyah untuk mendapat keizinan bagi menghalau umat Islam yang berhijrah ke Habsyah. Kebetulan ketika itu Amru al-As terserempak dengan utusan Rasulullah s.a.w. yang membawa surat kepada Raja Habsyah supaya masuk Islam iaitu Amru bin Umaiyyah Ad-Damri dan Raja Habsyah telah pun menerima Islam tanpa disedari oleh Amru al-As.

Sebaik sahaja utusan Rasulullah s.a.w. keluar dari majlis, Amru al-As mengambil kesempatan mengadap Raja Habsyah dengan memberi hadiah yang banyak dari Mekah. Raja Habsyah menerima hadiah tersebut dan melayannya dengan baik. Amru al-As berkata: “Tadi aku melihat ada seorang yang datang mengadap dan membawa surat. Sebenarnya dia adalah utusan musuh kami, yang melakukan masalah kepada kami dan membunuh pemimpim-pemimpin dan orang-orang bangsawan di kalangan kami, serahkan dia kepadaku supaya aku dapat membunuhnya”

Tiba-tiba Raja Habsyah meradang dan mengangkat tangannya menampar muka Amru al-As lalu mengenai hidungnya sehingga berdarah, lalu raja berkata: “Hai Amru! Adakah engkau minta kepada aku supaya aku serahkan kepadamu utusan dari seorang yang didatangi malaikat Jibril yang pernah menemui Musa a.s. dan menemui Isa a.s., supaya aku membunuhnya”. Amru al-As menceritakan perasaannya ketika itu, jika ada lubang bumi untuk menyelamatkan diri, nescaya aku terjun ke dalamnya ketika itu. Aku berfikir adalah orang-orang Arab dan bukan Arab percaya kepadanya tetapi mengapa aku tidak percaya?

Amru al-As bertanya: “Adakah tuanku percaya kepadanya?”. Raja Habsyah menjawab: “Ya! Aku mengaku di sisi Allah percaya kepadanya. Demi Allah dia di pihak yang benar, dia mesti menang menghadapi orang-orang yang menentangnya, seperti Allah memenagkan Nabi Musa a.s. menghadapi firaun dan bala tenteranya, adakah engkau berjanji kepadaku masuk Islam?”. Jawab Amru al-As: “Ya”. Lalu Raja Habsyah memerintahkan dibasuh darah dan diberikan pakaian baru.

Amru al-As terus keluar dari Habsyah dengan menaiki kapal menyeberangi Laut Merah, setelah sampai ke darat membeli seekor unta menuju ke Madinah, dalam perjalanan menemui Khalid al-Walid dan Uthman bin Abi Talhah. Kedatangan mereka amat mengembirakan Rasulullah s.a.w. kerana mereka adalah pahlawan yang gagah berani dan terkenal dengan kepintarannya.

Amru al-As tidak berdaya mengangkat mukanya kerana malu di atas perbuatannya menentang Islam di masa lalu, beliau berbai’ah dan meminta Rasulullah s.a.w. berdoa mengampunkan dosanya. Rasulullah s.a.w memberi jaminan bahawa Allah telah mengampunkan dosanya yang lalu.

Rasulullah s.a.w telah meletakkan kedudukan mereka di dalam Islam kena pada tempatnya sehingga mereka inilah yang banyak memberikan kegemilangan pada Islam di masa-masa hadapan.

“Orang-orang pilihan di masa jahiliyyah menjadi orang-orang pilihan juga di masa Islam kalau mereka faham”

Saat Kematian Nabi Muhammad S.A.W


Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan
mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan
khutbah, "Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta
kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Ku wariskan dua perkara
pada kalian, Al-Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku,
bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk
syurga bersama-sama aku." Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan
mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu
persatu.

Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar adanya naik turun
menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali
menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah
tiba. "Rasulullah akan meninggalkan kita semua," keluh hati semua sahabat
kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di
dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas
menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari
mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti
akan menahan detik-detik berlalu.

Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang
di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang
berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.
Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan
salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya
masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan
badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata
sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?"
"Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,"
tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan
pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah
anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan
kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah
malaikatul maut," kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya.
Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril
tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya
sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu
dunia ini.

"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya
Rasululllah dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah
terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar
menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan
Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. "Engkau tidak senang
mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana
nasib umatku kelak?" "Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah
mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Ku haramkan syurga bagi siapa saja,
kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh
Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh,
urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini."
Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya
menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. "Jijikkah kau
melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada
Malaikat pengantar wahyu itu. "Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah
direnggut ajal," kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah
memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian
maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.
"Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak
lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera
mendekatkan telinganya "Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku",
peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu."
Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah
menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke
bibir Rasulullah yang mulai kebiruan."Ummatii, ummatii, ummatiii?" -
"Umatku, umatku, umatku" Dan berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi
sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli
'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi. Betapa cintanya Rasulullah kepada
kita.

Sunday, August 9, 2009

MATAN DOA

Tuesday, September 9, 2008

MATAN DOA

Soalan; ustaz, saya pernah terdengar ceramah yang menceritakan hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a yang bermaksud "Wahai Yang Maha Hidup, wahai Yang Maha berdiri sendiri, dengan rahmat-Mu aku memohon pertolongan, perbaikilah bagiku semua urusanku, dan janganlah Engkau biarkan diriku dengan sekilas pandang". Bolehkah ustaz nyatakan matan hadis tersebut dalam bahasa arab supaya senang untuk dibaca & diamalkan. Terima Kasih.

Jawapan;

Matannya ialah;

يا حَيُّ يَا قَيُّومُ بِكَ أسْتَغِيثُ أصْلِحْ لي شأنِي كُلَّهُ وَلاَ تَكِلْني إلى نَفْسِي طَرْفَةَ عَيْنِ

“(Ya Allah) wahai Tuhan yang maha hidup dan wahai Tuhan yang mentadbir sekelian makhlukNya, dariMu aku merayu bantuan, islahkanlah keadaan diriku sepenuhnya dan janganlah Engkau serahkan daku kepada diriku sendiri sekalipun untuk (tempoh) sekedip mata”

Anas bin Malik r.a. menceritakan; Nabi s.a.w. telah mewasiatkan zikir di atas kepada anaknya Fatimah r.a. agar ia membacanya setiap hari ketika pagi dan petang” (HR Riwayat Imam an-Nasai, al-Hakim, at-Thabrani dan al-Baihaqi dari Anas r.a.).

Wallahu a’lam.

KELUAR MANI KETIKA TIDUR

Sesuatu perkara yang membatalkan puasa yang berlaku tanpa disengajakan dan di luar kawalan kita, tidaklah membatalkan puasa seperti makan tanpa sengaja, keluar mani kerana mimpi, muntah tanpa disengajakan dan sebagainya. Nabi s.a.w. bersabda tentang muntah; “Sesiapa yang terpaksa muntah, maka (tidaklah batal puasanya dan) ia tidak wajib mengqadha’ dan sesiapa yang sengaja muntah, maka (batallah puasanya dan) ia wajib mengqadhanya” (HR Imam Abu Daud, Tirmizi, an-Nasai dan lain-lain dari Abu Hurairah r.a.). Baginda juga bersabda; "Diangkat pena (yakni tidak dihitung dosa) dari tiga orang; dari orang tidur hingga ia bangun, dari kanak-kanak hingga ia dewasa (yakni baligh) dan dari orang gila hingga ia siuman" (HR Imam at-Tirmizi dan Saidina 'Ali r.a.. Kata Imam at-Tirmizi; hadis ini hasan gharib).

Wallahu a'lam.

Rujukan;

1. Tuhfah al-Ahwazi, 4/337.

Bisnes HPA - Leh Gune Sendiri, Leh tambah wang Pendapatan Secara Sambilan, 100% produk buatan orang Islam... Allahuakbar!!!



rawatan resdung
Sila berkunjung ke laman web ini untuk melihat produk yang dihasilkan HPA:
http://www.myfzbiz.net/hpakataloqindex.htm

-Meh beli barangan 100% PRODUK ISLAM...

rawatan resdung

bismillah11

Hai sekalian manusia! Makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah setan; karena sesungguhnya setan itu adalah musuh yang nyata bagimu.” (QS Al Baqarah: 168)

Allah swt, Yang Memiliki apa-apa yang ada di langit dan di bumi, telah menciptakan makanan-makanan bagi manusia dan telah memisahkan yang halal dan haram daripada makanan-makanan tersebut. Dia-lah yang telah menentukan apa yang baik dan yang buruk bagi manusia. Dalam sebuah hadits, Rasulullah saw pernah bersabda,

Yang halal itu sudah jelas dan yang haram pun sudah jelas; dan di antara keduanya ada hal-hal yang musytabihat (syubhat, samar-samar, tidak jelas halal haramnya), kebanyakan manusia tidak mengetahui hukumnya. Barangsiapa hati-hati dari perkara syubhat, sungguh ia telah menyelamatkan agama dan harga dirinya.” (HR Muslim)

Mengkonsumsi suatu makanan, selama tidak ada dalil yang akurat (shahih) baik dalam Al Qur’an maupun Al Hadits yang menggolongkannya termasuk makanan yang diharamkan oleh Allah swt, maka sebaiknya kita kembali kepada hukum asal, yakni halal atau mubah.

Makanan yang halal berdasarkan Al Qur’an dan Hadits, dapat dikategorikan ke dalam beberapa macam, antara lain:

1. Tidak termasuk Najis dan Bangkai.

Allah swt telah mengharamkan darah yang mengalir, babi, dan bangkai (kecuali ikan dan belalang) untuk dimakan oleh manusia, karena hal itu termasuk najis. Dalam hal ini seluruh bentuk najis menjadi haram hukumnya untuk dimakan. Hal ini sebagaimana yang ditegaskan Allah swt dalam Al Qur’an.

Katakanlah: ‘Tiadalah aku peroleh dalam wahyu yang diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya, kecuali kalau makanan itu bangkai, atau darah yang mengalir, atau daging babi karena semua itu najis, atau binatang yang disembelih atas nama selain Allah.“(QS Al An’am: 145)

Sesuatu bagian yang dipotong dari binatang itu masih hidup statusnya sama seperti bangkai, hal ini berdasarkan sabda Rasulullah saw, “Apa yang dipotong dari binatang selagi ia masih hidup adalah bangkai” (HR Abu Dawud dan Ibnu Majah)

Hewan yang telah dibunuh oleh hewan buas termasuk jenis bangkai, kecuali hewan tersebut telah dilatih dan pada saat melepaskannya untuk menangkap buruan kita menyebutkan nama Allah swt, maka hukumnya adalah halal untuk hewan hasil tangkapannya. Hal ini berdasarkan firman Allah swt dalam Al Qur’an.

Mereka menanyakan kepadamu: ‘Apakah yang dihalalkan bagi mereka?’ Katakanlah: ‘Dihalalkan bagimu yang baik-baik dan (buruan yang ditangkap) oleh binatang buas yang telah kamu ajar dengan melatihnya untuk berburu, kamu mengajarnya menurut apa yang telah diajarkan Allah kepadamu, maka makanlah dari apa yang ditangkapnya untukmu, dan sebutlah nama Allah atas binatang buas itu (waktu melepasnya). Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah amat cepat hisab-Nya.” (QS Al Maidah: 4)

Ada dua jenis bangkai dan darah yang dihalalkan untuk dimakan, yaitu yang termasuk dua bangkai adalah ikan dan belalang, dan yang termasuk dua darah adalah hati dan limpa. Hal ini didasarkan pada sebuah hadits Rasulullah.

Dalam sebuah hadits dari Ibnu Umar, Rasulullah saw bersabda:”Dihalalkan untuk dua bangkai dan dua darah. Adapun dua bangkai yaitu ikan dan belalang, sedang dua darah yaitu hati dan limpa.” (HR Ibnu Majah dan Ahmad)

2. Tidak menimbulkan dharar (bahaya) bagi fisik.

Yang termasuk makanan ataupun minuman yang memiliki efek bahaya bagi fisik manusia adalah racun. Dan golongan minuman yang memabukkan, menghilangkan pikiran sehat, atau melalaikan adalah termasuk jenis ini. Hal ini sebagaimana firman Allah dalam Al Qur’an.

Dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah, karena sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik.” (QS Al Baqarah: 195)

Allah berfirman, “Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan setan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan.” (QS Al Maidah: 90)

Rasulullah saw bersabda, “Tidak dibolehkan melakukan sesuatu yang membahayakan (dharar) diri sendiri dan orang lain (dhirar).” (HR Ibnu Majah dan Ahmad.).

Beliu juga bersabda, “Barangsiapa yang mereguk racun lalu membunuh dirinya sendiri, maka racunnya akan tetap berada di tangannya seraya ia mereguknya di neraka Jahannam selama-lamanya.” (HR Bukhari)

3. Tidak termasuk jenis hewan buas.

Dalam sebuuah yang diriwayatkan dari Abu Hurairah, Rasulullah saw bersabda: “Setiap binatang buas yang bertaring adalah haram dimakan” (HR. Muslim).

Dari hadits di atas, secara tegas dijelaskan bahwa hewan buas yang bertaring adalah haram dimakan. Yang termasuk hewan buas golongan ini seperti harimau, singa, buaya, serigala, kucing, anjing, kera, ular, dan setiap hewan buas pemangsa. Hewan tersebut di atas juga merupakan hewan yang berkuku tajam, termasuk dari jenis burung (berkuku tajam), yang menggunakan cakarnya dalam memakan mangsa, adalah hewan yang tidak halal untuk dimakan. Dalam sebuah hadits Rasulullah saw bersabda,

Dari Ibnu Abbas berkata: “Rasulullah melarang dari setiap hewan buas yang bertaring dan berkuku tajam” (HR Muslim)

4. Hewan yang berasal dari laut.

Hewan-hewan buruan yang berasal dari laut dan semua makanan dari laut adalah halal untuk dimakan, yakni dari berbagai spesies ikan laut ataupun makhluk hidup air. Karena Laut itu sesungguhnya suci airnya dan halal bangkainya. Hal ini sebagaimana firman Allah swt dalam Al Qur’an.

Dihalalkan bagimu binatang buruan laut dan makanan (yang berasal) dari laut sebagai makanan yang lezat bagimu” (QS Al Maidah : 96)

Dan hadits Rasulullah saw, ketika ditanya tentang air laut, Ia(laut) suci airnya dan halal bangkainya.” (HR Abudawud, An-Nasa’i dan At-Tirmidzi)

5. Hewan halal yang mati karena disembelih.

Hewan-hewan halal yang halal dimakan jika penyebab kematian hewan tersebut adalah karena disembelih, sehingga jika penyebab kematian hewan tersebut bukan dikarenakan disembelih maka, hewan tersebut termasuk dalam golongan bangkai dan hukumnya tidak halal untuk dimakan. Hal ini sebagaimana firman Allah swt dalam Al Qur’an,

Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah, daging babi, (daging hewan) yang disembelih atas nama selain Allah, yang tercekik, yang terpukul, yang jatuh, yang ditanduk dan diterkam binatang buas, kecuali yang sempat kamu menyembelihnya. dan (diharamkan bagimu) yang disembelih untuk berhala” (QS Al Maidah : 3)

6. Hewan halal yang disembelih atas nama Allah.
Hewan yang dasar hukumnya atau hakikatnya halal menjadi sah kehalalan jika hewan tersebut disembelih dengan menyebut nama Allah ketika menyembelihnya. Hal ini sebagaimana firman Allah swt dalam Al Qur’an,

Maka makanlah binatang-binatang yang halal yang disebut nama Allah ketika menyembelihnya, jika kamu beriman kepada ayat-ayatnya. Mengapa kamu tidak mau memakan (binatang-binatang halal) yang disebut nama Allah ketika menyembelihnya, padahal Allah telah menjelaskan kepada kamu apa-apa yang diharamkan-Nya atas kamu” (QS Al An’am : 118-119).

Allah juga mengharamkan hewan-hewan yang disembelih tanpa menyebutkan nama Allah ketika menyembelihnya atau dengan nama selain Allah seperti sesembahan, sesajen ataupun tumbal. Hal ini sebagaimana termaktub dalam Al Qur’an,

Dan janganlah kamu makan binatang-binatang yang tidak disebut nama Allah ketika menyembelihnya, sesungguhnya yang demikian itu adalah kefasikan” (QS Al An’am :121)

Kesimpulan:

Sesungguhnya Allah swt telah menciptakan segala jenis makanan untuk dikonsumsi oleh umat manusia, namun hanya sebagian orang yang mau berfikir makna perintah dan larangan Allah swt mengenai halal dan haramnya makanan untuk dikonsumsi. Dia telah menurunkan rasul-Nya, Rasulullah saw, yang menjelaskan kepada kita apa-apa yang tidak kita pahami.

Dia-lah Allah, yang telah memerintahkan manusia untuk memakan makanan yang halal lagi baik dan bersyukur kepada-Nya, sebagai bukti kecintaan kita sebagai hamba-Nya. Allah swt telah berfirman,

Maka makanlah yang halal lagi baik dari rezeki yang telah diberikan Allah kepadamu; dan syukurilah nikmat Allah jika kamu hanya kepada-Nya saja menyembah.” (QS An Nahl: 114)

Akhirul Kalam, semoga Allah menjadikan kita termasuk hamba-hamba-Nya yang shaleh yang selalu mencari keridhoan-Nya dari apa-apa yang kita kerjakan, termasuk terhadap makanan yang akan kita konsumsi. Dan semoga Allah menjauhkan kita dari perbuatan-perbuatan yang melampaui batas. Amiin…

Nk Jadi Ahli?
Call or Mesej
Muhammad Aizuddin bin Rasmi - 0136826644


Kalam Mu Ya Hayyu Ya Qayyum...

Hayatilah manusia ciptaan Allah SWT...

Arahan Bernas mu Ya Rasulullah SAW...